Adakah anda masih menggunakan Windows XP atau Vista tetapi menyukai wallpaper yang terdapat di Windows 7 Theme? Ataupun anda telah menggunakan Windows 7 tetapi anda tidak mahu install theme itu sebaliknya hanya mahu mendapatkan wallpaper sahaja? Berikut ialah cara mendapatkannya :D
Sebelum itu, dapatkan koleksi theme Windows 7 pilhan anda di Windows Personalization Gallery.
Cara 1: Extract menggunakan 7-zip
Cara 2: Extract menggunakan Windows built-in ZIP, WinZip atau WinRAR
1. Rename (klik kanan pada theme dan pilih rename).
2. Tukar file "nama theme".themepack (cth: SurrealTerritory.themepack) kepada "nama theme".cab (cth: SurrealTerritory.cab) .
3. Seterusnya klik kanan untuk extract seperti biasa.
*Anda perlu buang tick (untick) pada 'Hide extension for known file types' di Folder Option terlebih dahulu sebelum rename file.

Folder baru mengikut nama theme akan dihasilkan selepas selesai process extract tadi. Buka folder tersebut dan terdapat folder DesktopBackground yang mengandungi wallpaper bagi tema tersebut. Anda boleh membuang file lain yag terdapat dalam folder extract tersebut, hanya ambil wallpaper sahaja.
Sekian. Diharap ia dapat membantu. Selamat mencuba! :D
+ Pengguna Windows Vista (menyokong Aero glass), juga boleh menggunakan Windows 7 Theme. Install file 'nama tema.theme' yang terdapat di dalam folder yang telah di extract.