PageRank, PR adalah satu algorithm sistem yang diperkenalkan oleh Google untuk menganalisa populariti, reputasi dan sebagai penanda aras kedudukan sesuatu blog atau website dalam laman carian di internet. PageRank diukur menggunakan nombor 0-10. PR0 adalah tangga paling bawah manakala PR10 adalah tangga yang terbaik.
Berikut ialah penerangan bergambar mengenai Google Pagerank. Ianya tidaklah begitu menyeluruh, tetapi memadai untuk memahami apa itu Google Pagerank secara am-nya, sekadar sebagai pengatahuan. Amat sesuai untuk mereka yang masih baru dengan istilah Pagerank ini.
*klik gambar untuk paparan yang lebih besar | Understanding Google PageRank [via: ZippyCart] |
PageRank tidak dikemaskini pada setiap hari, minggu atau bulan, dan sebenarnya tiada pengumuman rasmi dari Google sendiri menyatakan bilakah tarikh PagerRank akan dikemaskini. Tapi pada kebiasaanya, PR akan di update setiap 3 atau 4 bulan sekali.
Anda boleh periksa PageRank blog anda di laman PRchecker.info
+ Setiap kali PageRank telah di update, dunia blogger mahupun twitter pastinya riuh menyatakan "PR update! PR dah update!". Tahniah pada mereka yang berjaya meningkatkan PR blog masing-masing :D
+ Semasa entri ini ditulis KFZoom masih pada