Selepas melancarkan Blogger built-in Stats/Analytics pada Blogger in Draft, Blogger kini telah menambah gadget baru untuk memaparkan statistik blog anda iaitu Blog’s stats dan Popular Posts gadget. Data pada gadget tersebut diambil terus dari Blogger Stats.
Untuk menggunakannya, hanya perlu login di Blogger in Draft, pergi ke Design | Page Elements, dan klik pada “Add a gadget.”
Untuk menggunakannya, hanya perlu login di Blogger in Draft, pergi ke Design | Page Elements, dan klik pada “Add a gadget.”
Blog’s stats gadget memaparkan jumlah pageview keseluruhan blog anda (dikira bermula pada fungsi Blogger Stats dilancarkan, Mei 2010). Terdapat 4 styles yang boleh dipilih untuk dipaparkan.

Popular Posts gadget pula memaparkan entri yang paling banyak dilawati pengunjung blog anda. Anda boleh memilih sama ada ingin memaparkan entri popular dalam tempoh 7 hari, sebulan atau keseluruhan. Selain itu, anda juga boleh menyertakan image thumbnail bagi setiap tajuk.
Jika sebelum ini anda menggunakan gadgets seumpamanya dari pihak ketiga, kini anda boleh mencuba gadget baru oleh Blogger sendiri di Blogger in Draft dan semestinya ianya mudah dipasang.
Sumber: New Stats Gadget via Blogger-in Draft Blog.