Tweak Internet Explorer 9




Internet Explorer 9 baru sahaja dilancarkan bulan Mac ini tampil dengan pelbagai fungsi dan antramuka terbaru. Bagi sesiapa yang telah menggunakannya pastinya ada yang ingin mengubah konfigurasi IE9. Applikasi TweakIE9 adalah penyelesaian yang mana memudahkan pengguna untuk tweak dan customize IE9.

Terdapat lima bahagian konfigurasi disediakan pada TweakIE9 iaitu user interface (UI), startup, downloads, security, dan tools. Pada bahagian User Interface pengguna boleh menetapkan untuk membenarkan paparan menubar, statusbar, commandbar dan banyak lagi seperti gambarrajah dibawah. Pada Startup pula pengguna boleh memilih untuk memaparkan IE9 dalam skrin besar dan menetapkan halaman utama web. Pada bahagian Downloads, disediakan pemeriksaan  file berformat .exe sebelum memuat turun, notifikasi sesudah siap muat turun, menetapkan lokasi dan kadar muat turun. Pengguna juga boleh menetapkan untuk melayari IE9 dalam mode privasi pada bahagian security. Akhir sekali bahagian Tools untuk membuat shortcut pada start menu. Apabila siap customize klik pada Tweak IE9 Now dan kembalikan fungsi asal IE9 dengan klik pada Restore IE9.






+ Download TweakIE9 secara percuma di ITknowledge24.

Bagi yang belum dapatkan Internet Explorer 9 boleh rujuk  Review Internet Explorer 9. (via SAnoktah)

Previous Post Next Post

نموذج الاتصال