Pencarian kasut futsal baru berakhir di Extravaganza Futsal Shop - Sports Planet Ipoh. Kunjungan kesana pada malam 1 Jun 2012 selepas menonton perlawanan persahabatan antara Malaysia lawan Filipina lalu, tidak pulang dengan tangan kosong. Sepasang kasut futsal jenama X Munich dibawa pulang bersama.
X Munich, mungkin jenama pakaian sukan yang sedikit asing di Malaysia jika ingin dibandingkan dengan jenama popular seperti Nike dan Adidas, namun ianya sangat popular dan menjadi pilihan bagi ramai pemain dan kaki futsal.
X Munich G3 Futsal Sneakers White/Gold/Black
Apperance: Leather, Nylon Code: 311355
Web: munichsports.com , munichshop.net
Sedikit
ulasan mengenai kasut X Munich G3 ini. Setelah dipakai dalam beberapa
permainan/perlawanan persahabatan, secara keseluruhannya berat kasut dan
cengkaman sangat sesuai untuk permainan futsal dan cukup selesa. Anda
pasti teruja!
Selain jenama kasut X Munich, Extravaganza Futsal Shop turut menjual barangan sukan berjenama Pan, Kelme, Kool dan banyak lagi. Anda boleh layari laman Facebook mereka atau terus ke kedai mereka di Sport Planet Ipoh.
Selain jenama kasut X Munich, Extravaganza Futsal Shop turut menjual barangan sukan berjenama Pan, Kelme, Kool dan banyak lagi. Anda boleh layari laman Facebook mereka atau terus ke kedai mereka di Sport Planet Ipoh.
+ Sila tegur jika anda ternampak ada orang pakai kasut ini terutamanya di Sports Planet Ipoh atau gelanggang futsal sekitar Ipoh, Seri Iskandar, Manjung dan Teluk Intan :D