LastPass - Terlupa Password Bukan Lagi Masalah



Kata laluan (password) yang baik perlu mengandungi campuran huruf kecil, huruf besar, nombor dan juga karakter unik, dan setiap akaun berbeza sebaiknya tidak menggunakan kata laluan yang sama. Oleh yang demikian, adalah menimbulkan kesulitan kepada kita untuk mengingati kata laluan sepertimana tersebut, apatah lagi jika ianya jarang digunakan.

Ada juga diantara kita menyimpan password dengan menulisnya pada cebisan kertas dan menyimpannya didalam dompet dan sebagainya. Ada juga yang menyimpannya di dalam telefon bimbit tanpa perlindungan keselamatan. Ini adalah tidak selamat dan juga terdapat risiko kehilangan atau disalahgunakan oleh pihak lain.

Bagi mengatasi masalah sering terlupa password, penggunaan aplikasi pengurusan kata laluan adalah amat digalakkan. Salah satu, aplikasi pengurusan kata laluan yang terbaik dan percuma adalah LastPass.
Semua kata laluan atas talian anda akan disimpan dalam satu tempat, dan memudahkan anda untuk login. Anda tidak lagi perlu ingat semua kata laluan laman yang dilawati dan taip kembali password setiap kali untuk digunakan. Anda cuma perlu ingat satu master password,  login pada LassPass, dan semua password online anda sedia untuk digunakan. Ia boleh diakses dimana sahaja secara online dan pastinya tiada lagi isu terlupa password timbul.



LastPass adalah perisian percuma yang menyokong pelbagai sistem operasi dan pelayar web. Ia dipasang sebagai extension/add-ons pada browser Chrome, Firefox dan lain-lain. 

Download LastPass


Untuk menggunakan LastPass anda perlu daftar akaun LastPass terlebih dahulu, dan menetapkan username dan satu master password.

LastPass login

Untuk mengetahui cara-cara menggunakan LastPass dengan lebih lanjut, boleh rujuk LastPass manual
 
LastPass amat mudah untuk digunakan. Anda perlu mencuba untuk gunakannya dahulu, biasakan dengan fungsi-fungsi yang ditawarkan dan pastinya anda akan sukakannya. Ia sangat-sangat membantu.

Baca: Notifkasi Email Lebih Mudah dengan Xnotifier
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال