Bola Rasmi UEFA Champions League 2017-2018


Adidas memperkenalkan bola rasmi untuk kempen musim baru Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League - UCL), Adidas Finale 17. Secara tradisinya, bola rasmi UCL ini mengekalkan reka bentuk yang unik dengan panel bintang Liga Juara-Juara.

Adidas Finale 17 hadir dengan rekaan grafik petir 'thunderstorm' yang menggunakan tona warna biru turquoise. Ia adalah seiring dengan tema bagi koleksi kasut bola yang akan diperkenalkan Adidas bagi tahun ini dan juga sedondon dengan warna jersi 'away' dan jersi ketiga pasukan Real Madrid musim ini yang juga merupakan penyandang juara UCL musim lalu.


Bola Adidas Finale 2017-2018 mempunyai teknologi yang sama sepertimana bola bagi beberapa musim yang lalu. Bola tersebut mempunyai permukaan yang sempurna bagi trajektori yang lebih mudah diramalkan, sentuhan yang lebih baik dan pengambilan air yang lebih rendah.


Bola dengan rekaan ini akan digunakan bagi perlawanan peringkat kumpulan sahaja dan Adidas akan melancarkan rekaan terbaru bagi saingan kalah mati dan peringkat akhir yang akan berlangsung di Kiev, Ukraine.
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال