Perlawanan pertama musim baru kempen Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League - UCL), akan berlangsung pada 19 September 2018. Adidas sebagai penaja rasmi dan pembekal bola rasmi telah memperkenalkan Adidas Finale 18.
Adidas Finale 18 masih mengekalkan tradisinya dengan rekabentuk yang unik dengan panel bintang Liga Juara-Juara. Namun, terdapat sedikit perbezaan pada rekaan corak apabila Adidas memterbalikkan panel berwarna dan bahagian panel bintang kini dibiarkan putih.
Adidas Finale 18 hadir dengan rekaan grafik cahaya petir yang menggunakan tona warna biru. Seperti pada tahun-tahun sebelumnya, logo Adidas dan tulisan bola rasmi perlawanan dan dua logo Liga Juara dicetak di bahagian atas bola
Bola Adidas Finale 2018-2019 mempunyai teknologi yang sama sepertimana bola bagi beberapa musim yang lalu dan menggunkana struktur dan bahan yang sama pada bola Piala Dunia 2018. Bola tersebut mempunyai permukaan yang sempurna bagi trajektori yang lebih mudah diramalkan, sentuhan yang lebih baik dan pengambilan air yang lebih rendah.
Bola dengan rekaan ini akan digunakan bagi perlawanan peringkat kumpulan sahaja dan Adidas akan melancarkan rekaan terbaru bagi saingan kalah mati dan perlawanan akhir yang akan berlangsung di Madrid, Spain.