Cara Isi Minyak Guna Kad Mesra Petronas


Kad Mesra Petronas. Apa yang anda perlu tahu?
Ramai diantara kita yang mengumpul mata ganjaran Kad Mesra setiap kali mengisi minyak atau berbelanja di kedai Mesra Petronas. Ramai juga yang mungkin tahu bahawa mata ganjaran ini boleh ditebus untuk mengisi minyak atau berbelanja di kedai mesra. Tapi bagaimanakan caranya?

Terlebih dahulu, semua pemegang kad mesra perlu mendaftar Kad Mesra anda untuk membolehkan ianya digunakan untuk menebus mata ganjaran. Pastikan kad anda sudah berdaftar!

# Cara Mendaftar Kad Mesra Petronas

1. Anda boleh mendaftar menggunakan SMS
KAD MESRA<jarak>17 digit Nombor Kad Mesra PETRONAS<jarak>Nombor IC<jarak>Nama dan hantarkan ke 36372

2. atau anda boleh daftar secara online di mymesra.com.my

Sebarang permasalahan semasa mendaftar sila hubungi talian Mesra Hotline di 1 300 22 8888 atau hantarkan email ke mesra@petronas.com.my

# Kumpul Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas

Isian minyak: 1 Liter = 3 Mata Ganjaran
Kedai Mesra: RM1 = 1 Mata Ganjaran

# Cara Semak Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas

1. Semak mata ganjaran di kaunter stesen minyak.
2. Bagi yang telah berdaftar secara online, anda boleh semak mata ganjaran dan semua transaksi kad mesra anda secara online di laman web mymesra.com.my

# Tebus (Redeem) Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas

Tahukan anda? Mata ganjaran Kad Mesra anda akan luput jika:
1. Tiada sebarang transaksi (penambahan atau penebusan) dalam tempoh 6 bulan 
2. Mata ganjaran tidak ditebus dalam tempoh 3 tahun.

Jadi jangan lupa untuk tebus mata ganjaran Kad Mesra anda.



Cara Isi Minyak Guna Kad Mesra Petronas
0. Anda tidak perlu ke kaunter, boleh buat isian terus di pam.
1. Sila masukkan Kad Mesra sepenuhnya ke dalam slod kad kredit/debit di pam minyak.
2. Tunggu arahan "Sila keluarkan kad", dan keluarkan kad anda dari slot.
3. Tekan butang untuk pilih Bahasa.
4. Permintaan anda sedang diproses. Tunggu sehingga permintaan anda diluluskan.
5. Sila angkat nozel, dan mulakan pengisian.
6. Isi minyak mengikut jumlah yang anda inginkan, dan berhenti.
7. Kembalikan nozel ke pam selepas pengisian.
8. Tunggu resit dikeluarkan.
9. Selesai.
Tebus 1000 mata ganjaran untuk RM10 nilai isian minyak di pam.

Nota: Pam nozel akan berhenti secara automatik jika mata kad mesra anda tidak mencukupi atau mencapai nilai maksimum penebusan. Jadi anda tidak perlu risau terlebih isi.


Tebus Mata Ganjaran di Kedai Mesra
Selain tebus mata ganjaran untuk isi minyak, anda juga tebus mata ganjaran kad mesra untuk berbelanja di kedai mesra. Hanya tunjukkan kad mesra di kaunter semasa membuat bayaran.
Tebus 100 mata ganjaran untuk RM1 di Kedai Mesra.



Tebus Mata Ganjaran Melalui Aplikasi Setel
Setel merupakan aplikasi pembayaran untuk pengisian minyak. Anda boleh menebus mata ganjaran Kad Mesra Petronas dengan menukarkan kepada Setel Wallet.

# Kad Mesra Rosak atau Hilang?

Jika kad mesra and rosak atau hilang, anda boleh dapatkan gantian kad mesra baru di stesen minyak Petronas berdekatan, dan hubungi talian Mesra Hotline di 1 300 22 8888 atau hantarkan email ke mesra@petronas.com.my, untuk pemindahan mata ganjaran dari kad lama ke kad baru.  

Pihak khidmat pelanggan Petronas akan menghubungi anda untuk membuat pengesahan identiti dan 500 mata ganjaran akan dipotong untuk penggantian kad baru yang berjaya.

Harap artikel ini banyak membantu. Selamat mencuba.
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال