Cara Isi Minyak Guna Aplikasi Setel Petronas


Zaman dimana teknologi dihujung jari, pembelian dan pembayaran kini tertumpu secara atas talian dan bayaran tanpa tunai. Petronas juga tidak mahu ketinggalan dalam arena e-wallet melalui aplikasi Setel.

Setel merupakan aplikasi pembayaran untuk pengisian minyak dan ia merupakan aplikasi yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Antara kelebihan Setel ialah:
  • Anda tidak perlu lagi berjalan dan beratur di kaunter stesen minyak. Juga tidak perlu cucuk kad debit/kredit, kena masuk nombor pin dll. Pembayaran boleh dibuat terus dari dalam kereta. Setel!
  • Pam diaktifkan ketika anda masih dalam kereta. Lebih selamat dan selesa. Keluar kereta boleh terus angkat nozel dan pam minyak. Setel!
  • Setelah selesai pengisian minyak, tidak perlu lagi kembali ke kaunter mengambil wang baki atau mengambil resit. Setel!
  • Tidak perlu lagi membawa kad Mesra Petronas untuk mengumpul atau menebus mata ganjaran. Tidak perlu terlalu risau lagi jika kad tertinggal, hilang atau tercicir. Setel!
  • Tebus mata ganjaran kepada nilai wang pada e-wallet secara terus pada aplikasi. Setel!
  • Tiada lagi transaksi pra-kelulusan RM200 dipotong dari akaun debit atau kredit. Setel!
  • Semak rekod perbelanjaan minyak kenderaan anda dengan lebih mudah. Setel!
  • Peta paparan stesen minyak berhampiran dan navigasi ke stesen tersebut melalui aplikasi Waze atau Google Maps. Setel!

Muat turun aplikasi Setel di Google Play untuk telefon android atau App Store untuk Apple iPhone.


Berikut ialah beberapa tutorial penggunaan aplikasi Setel. Selamat mencuba!

Cara Isi Minyak Guna Aplikasi Setel

Cara penggunaan aplikasi Setel untuk mengisi minyak adalah amat mudah dan cepat.
  1. Buka aplikasi Setel setelah anda tiba di stesen minyak Petronas.
  2. Tekan butang pembelian minyak 'Purchase Fuel'
  3. Pilih nombor pam minyak.
  4. Pilih nilai amaun berapa ringgit anda ingin isi minyak.
  5. Masukkan no. pin 6 digit yang anda telah daftarkan semasa pendaftaran dahulu atau anda boleh aktifkan menggunakan cap jari fingerprint.
  6. Tunggu sehingga pam anda diaktifkan 'Start fuelling now'.
  7. Tinggalkan telefon di dalam kereta, dan anda boleh keluar dari kereta, angkat nozel, buka penutup tangki dan pam minyak sehingga selesai.
  8. Selesai isi minyak, tutup penutup tangki, kembalikan nozel pam ke tempat asal, masuk kereta, hidupkan enjin dan selamat jalan.



Cara Tambah Nilai Duit Setel Wallet

Boleh topup duit terus daripada aplikasi Setel guna perbankan internet atau kad debit/kredit.



Cara Tambah Nilai Setel Wallet Secara Automatik

Set auto topup terus setiap minggu atau bulan. Kredit sentiasa cukup.



Cara Aktifkan Kad Mesra Petronas Pada Aplikasi Setel

Tak perlu lagi bawa kad mesra, daftar terus pada aplikasi Setel dan kumpul mata setiap kali anda isi mintak guna aplikasi Setel. Juga boleh semak baki mata ganjaran kad mesra sekaligus.



Cara Tebus Mata Ganjaran Kad Mesra Petronas ke Setel Wallet

Anda biasa isi minyak guna mata ganjaran kad mesra Petronas? Kini ianya lebih mudah dengan aplikasi Setel.



Setel!
Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال