Bola UCL UEFA Champions League 2021 Adidas Finale Istanbul 21

Adidas Finale Istanbul 21 UCL 2021

Bola Adidas Finale Istanbul 21 telah dilancarkan secara rasmi sempena meraikan ulangtahun ke-20 bola bercorak bintang ini diperkenalkan. Mengambil rekaan bintang logo UEFA UCL, ia pertama kali diperkenalkan pada 2001 dan ia telah menjadi simbol kepada kejohanan pasukan kelab bola sepak berprestij di dunia.

Bola baru Adidas Finale 21 ini akan digunakan pada baki perlawanan UCL musim ini, termasuk perlawanan akhir di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul pada 29 Mei 2021. Pada awalnya aksi final ini dijadualkan berlangsung di Saint Petersburg, namun telah ditangguhkan atas faktor wabak coronavirus. 

Reka bentuk baru. Bola Finale Istanbul 21 berbeza dengan reka bentuk Istanbul musim lalu dan Petersburg yang bocor sebelum ini. Reka bentuk yang bersih berwarna perak, putih dan oren. Ia menampilkan setiap rekaan dari 20 bola yang digunakan pada final Liga Juara-Juara Eropah sebelumnya. Garis sepanduk merah memperincikan setiap tahun dan bandar dimana ia berlangsung.

Adidas Finale Istanbul 21

Adidas Finale Istanbul 21 UCL

Bola UCL 2021 Adidas Finale Istanbul 21

Adidas Finale Istanbul 21 UEFA 2021
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال