Perodua Ativa - Bayaran Bulanan Serendah RM660

 
Perodua Ativa telah dilancarkan secara rasmi pada 03 Mac 2021. Ia merupakan SUV segmen-A yang menggunakan asas sama seperti Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

Nama 'Ativa' berasal daripada perkataan Bahasa Portugis yang bermaksud ‘Aktif'.
 
Ativa merupakan model pertama Perodua yang menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan juga model pertama menggunakan enjin turbo dan pertama kali menggunakan transmisi CVT.
 
Berikut ialah spesifikasi Perodua ATiva dan perbezaan bagi setiap varian.

SPESIFIKASI PERODUA ATIVA

Perodua Ativa 1.0T X 2021

Mekanikal 

  • Enjin 1.0 liter 1KR-VET VVT-i DOHC
  • 996 CC Turbocas 3 silinder petrol
  • 98 PS pada 6,000 rpm, 140 Nm tork dari 2,400 hingga 4,000 rpm
  • D-CVT dengan tujuh nisbah maya
  • Pacuan roda depan
  • Enjin Start/Stop automatik
  • Penggunaan minyak 18.9 km/liter
  • Cakera brek berliang (depan), dram (belakang)
  • Suspensi MacPherson strut (depan), torsion beam (belakang)

Luaran

  • Lampu utama reflektor dengan lampu tinggi automatik
  • Palang perak atas gril, palang bawah krom
  • Rim 16-inci perak dengan tayar Goodyear Assurance Triplemax 2 205/65/16
  • Cermin sisi hitam larasan elektrik dengan lipatan manual
  • Pemegang pintu warna badan
  • Tiang-A dan B hitam
  • Lampu belakang LED
  • Antena sirip jerung
  • Kemasan pintu kargo perak
  • Pilihan warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue

Ruang Dalaman

  • Sistem tanpa kunci
  • Butang Push Start
  • Stereng Urethane dengan butang Power
  • Corong pendingin hawa tengah kemasan perak
  • Pemegang pintu hitam
  • Kawalan pendingin hawa digital dengan butang memori
  • Butang kunci sentral di tengah
  • Kerusi balutan fabrik
  • Kluster instrumen analog dengan paparan multi-info
  • Radio dengan sambungan Bluetooth
  • Empat pembesar suara
  • Dua slot USB
  • Penyandar belakang lipatan 60:40 dan boleh direbahkan
  • Lantai but dua tahap (303 liter hingga 369 liter)
  • Tayar ganti saiz penuh

Ciri Keselamatan

  • Enam beg udara
  • ABS dengan EBD dan Brake Assist
  • Kawalan kestabilan
  • Brek kecemasan autonomous dengan pengesanan pejalan kaki dan pengayuh (kini hingga 120 km/j)
  • Lane Departure Warning and Protection
  • Pedal Misoperation Control (PMC)
  • Front Departure Alert (FDA)
  • Pengingat tali keledar depan dan belakang
  • Isofix di belakang
  • Sensor parkir


Perodua Ativa 1.0T H 2021

Luaran

  • Lampu utama LED dengan signal sequential, lampu selekoh dan Adaptive Driving Beam (ADB)
  • Lampu kabus depan LED
  • Gril dengan dua palang krom
  • Skid plate perak di depan dan belakang
  • Rim aloi 17-inci dua tona dengan tayar Bridgestone Turanza T005A 205/60/17
  • Cermin sisi lipatan automatik elektrik
  • Kemasan pintu kargo krom
  • Pilihan warna Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red

Ruang Dalaman

  • Stereng balutan kulit
  • Kawalan audio pada stereng
  • Kemasan sudut corong pendingin sudut
  • Kemasan perak konsol tengah
  • Pemegang pintu warna perak
  • Perehat lengan tengah
  • Paparan kluster instrumen tujuh-inci
  • Skrin sentuh infotainmen sembilan-inci dengan SmartLink
  • Satu port HDMI
  • Dua slot USB

Keselamatan

  • Sensor parkir depan
  • Kamera undur


Perodua Ativa 1.0T AV 2021

Luaran 

  • Pemegang pintu krom
  • Bumbung hitam untuk Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red

Ruang Dalaman

  • Corong pendingin sudut kemasan merah
  • Pemegang pintu krom
  • Tuil gear krom
  • Butang brek tangan krom
  • Ruang storan konsol tengah
  • Kerusi balutan kulit buatan dengan suede
  • Enam pembesar suara
  • Perakam video digital
  • Filem keselamatan Llumar

Ciri Keselamatan

  • Kawalan melayar adaptif
  • Bantuan mengikut lorong
  • Peninjau titik buta
  • Amaran lintasan trafik di belakang

 

HARGA PERODUA ATIVA

X - RM61,500
Downpayment: RM6,515
Bayaran Bulanan: RM660 (9 tahun)
 
H - RM66,100 - RM66,600
Downpayment: RM7,015
Bayaran Bulanan: RM710 (9 tahun)
 
AV - RM71,200 - RM72,000
Downpayment: RM7,566
Bayaran Bulanan: RM770 (9 tahun)
 

perodua ativa interior

Perodua Ativa Engine Bay


Untuk maklumat lanjut sila layari lama rasmi Perodua Ativa

Previous Post Next Post

Promosi Menarik Untuk Anda

نموذج الاتصال